Sunday, July 15, 2012

true.!!

Hai..
Bulan ni sy ditempuhi dengan pelbagai cabaran dan masalah, saya tak tahu kenapa? tapi saya tahu ini adlah ujian dari Allah. Sememangnya sangat payah tapi saya terpaksa tempuh jugak, pelbagai cara saya cuba lakukan. Walaupun ade beberapa tindakan bodoh yang saya buat, tapi saya belajar dari kesilapan tu.

Alhamdulillah, dalam pelbagai masalah yang timbul. Allah hadiahkan saya dengan satu hadiah dan anugerah yg menjadi impian dan harapan saya selama ini.Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Alhamdulillah saya akan menyambungkan pelajaran saya di UTM. Terima kasih Allah, kerana mendengar doa dan memakbulkan. Saya yakin bila kita USAHA + DOA+ TAWAKAL..insyaAllah segala yang mustahil boleh jadi kenyataan.

Ya saya amat gembira, menitis air mata saya dan yang paling berharga menitisnya air mata emak dan opah, mendengar berita gembira ini. Saya puas dengan apa yg telah saya usahakan. Saya dah buktikan saya jugak boleh masuk universiti. Alhamdulillah.

Namun dalam kegembiraan ini, terselit jugak perasaan sedih. Saya kat sini gembira tapi ade kawan-kawan saya yang tengah sedih. Korang macam mana pun aku kat sini sentiasa fikir kan korang. Terima kasih sebab sudi bercerita kat aku. Aku tahu setiap dari kita ade jalan yang Allah dah tetapkan, rezeki Allah tu ade. Mungkin Allah dah tentukan perkara yang lebih baik dari apa yang kita inginkan. Dan jugak mungkin Allah nak suruh kita usaha lebih lagi. Rebutlah peluang yang ade, tak kisah la walaupun kita terpaksa bermula dari bawah balik.

Kepada awak..
Saya dah tahu apa yang awk rasa sekarang, saya tahu awk tgh sedih, Walau apa pun yang pernah terjadi dekat kita, saya tak simpan apa-apa perasaan pun. Saya tak marah tak simpan perasaan dendam pun. Sya harap awk kuat, tabah dan sentiasa doa. Saya janji akan jadi kawan awk sampai bila-bila.Awak pun cakap benda yang sama kan, saya harap awk tak lupa tu. Saya sentiasa doakan awk. Setiap apa peluang yang ade awk rebutla. Usaha la selagi awak mampu. Saya tahu apa yang awk nak. Jangan tinggal apa yang Allah suruh buat. Sentiasa doa okay. :)

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment